Slider

Youtube

Puisi

Artikel

RPP

Cerpen

Pengetahuan Umum

Perangkat Pembelajaran

» » » puisi


Kehidupan
Mengeluhku sendiri di saat sepi
ceritera gembira dan duka
silih berganti dalam meniti
sebuah titian yang dinamakan dunia.
Kehidupanku daripada tangisan kecil
sentiasa dalam pelukan pertiwi
bermula dari titik
fantasi melangkah realiti.
Di mana erti kehidupan sejati?
Lorong-lorong gelap dan senyap?
hempitan-hempitan  di sepanjang jalan?
Atau perilaku kehidupan tanpa batas?
Pedoman mula hidup sirna
ketika kita terlena daripada tiang-Nya
kerana insan  yang tidak kukuh
menjana pembentukan lahiriah angkuh.
Di mana erti kehidupan
Yang semestinya terjadi
jika ini semua terus berlaku
Tanpa henti dan batas

«
Next
Posting Lebih Baru
»
Previous
Posting Lama

Tidak ada komentar:

Leave a Reply